Webinar eSukan: Peraturan, Penalti & Fair Play Dalam MLBB
7 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 6 Mac 2026, tiga orang peserta telah menyertai webinar eSukan yang bertajuk “Peraturan, Penalti & Fair Play Dalam MLBB” di NADI Sungai Bandung. Webinar ini memberi penerangan kepada peserta mengenai peraturan asas pertandingan dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang. Peserta didedahkan dengan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pemain semasa menyertai pertandingan bagi memastikan permainan berjalan secara adil dan teratur.
Selain itu, webinar ini turut menerangkan jenis-jenis penalti yang boleh dikenakan sekiranya pemain melanggar peraturan, seperti tindakan tidak sportif, penggunaan cara yang tidak sah atau gangguan semasa perlawanan. Penceramah juga menekankan kepentingan nilai fair play, disiplin dan sikap profesional dalam kalangan pemain eSukan.
Secara keseluruhannya, webinar ini membantu peserta memahami kepentingan mematuhi peraturan serta mengamalkan semangat kesukanan bagi mewujudkan persekitaran pertandingan yang sihat dan adil.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: